All posts tagged 'zahid hamidi'

Zahid Hamidi mengaku tak faham suratnya sendiri?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi gagal menjawab pertanyaan umum mengenai projek-projek keselamatan negara yang dinyatakan dalam suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan(FBI) berkaitan ‘Raja Judi’ Paul Phua.

Najib perlu jelaskan surat Zahid Hamidi kepada FBI

Perdana Menteri Najib Tun Razak perlu menjelaskan tindakan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi mengutus surat kepada kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi menafikan ‘raja judi’ Paul Phua bukan anggota geng 14K.

Aneh, Menteri Dalam Negeri tulis surat pada FBI pertahan ‘raja judi’

Menteri Dalam Negeri tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian-kejadian aneh ini yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada reputasi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Senarai ahli jawatankuasa RCI Sabah belum dikeluarkan

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengumumannya mengenai Jawatankuasa Kerja dan Tetap Laporan RCI Sabah.

Zahid jangan sekadar kritik, tapi bertindak

Menteri Dalam Negeri diminta tidak sekadar mengkritik, tetapi bertindak terhadap anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang melakukan tindakan provokasi termasuk merentap kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak.

Bekas pengerusi SPR mungkin tahu ‘benda’ yang Zahid sebut

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepadanya bahawa ‘ada benda bekas pengerusi SPR tidak dapat’.

Zahid nafi projek IC, sedangkan RCI Sabah kemuka bukti

Tegas Kit Siang kesimpulan dan jawapan RCI Sabah sama ada wujud atau tidak, ia tertera di halaman 300 laporan tersebut.

Zahid tak layak jadi pengerusi jawatankuasa tetap RCI Sabah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak layak untuk menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Tetap seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah

57 hari berlalu, mana laporan siasatan hasutan Zahid Hamidi?

DAP Perak kesal dengan sikap pilih kasih polis yang sehingga kini masih tidak mengemukakan sebarang hasil siasatan terhadap laporan mengenai kenyataan menghasut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pulau Pinang nafi setuju syor Zahid PPS diganti polis komuniti

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan cadangan Ahmad Zahid dan tetap dengan keputusan sebelumnya untuk membawa isu itu ke mahkamah.