All posts by admin

Generasi muda wajar contohi perjuangan mendiang Karpal – Guan Eng

“Saya ingin berkongsi kata-kata dari Albert Einstein, ‘dunia ini tidak akan dimusnahkan oleh orang yang melakukan kejahatan, tetapi oleh orang-orang yang hanya melihat kejahatan tanpa melakukan apa-apa’.

Pindaan Akta Hasutan: Rakyat akan hukum ahli parlimen BN

“Secara khususnya, rakyat Malaysia harus mensasarkan ahli parlimen yang menyokong RUU di kawasan-kawasan di mana mereka menang dengan majoriti tipis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Karpal, di mata puteri tunggalnya (Bahagian 2)

“Ayah suka nasi lemak bungkus. Dia mempunyai selera yang sangat mudah. Baju kemejanya juga semua berwarna putih, kecuali beberapa helai baju batik. Di rumah juga dia lebih suka memakai kain sarung. Dia tidak cerewet dengan kasut dan kain bajunya.

Harum maneh dan sebiji kapsul dari planet tanpa nama

Semua tokoh politik dan orang kenamaan yang berstatus tinggi profilnya sahaja. Aku begitu musykil juga memikirkan hal tersebut, sedang aku mengelamun. Bahu aku disapa. “Engkau buat apa di sini budak? Baju saja sudah tidak terurus! Tunjuk sini identiti kad engkau!”

Karpal Singh, demokrat tulen – Bekas Speaker DUN Kelantan

“Dia selalu menbicarakan hal anak-anak dan berbincang bagaimana untuk kita yang berlainan bangsa atau agama, mampu membina keakraban bersama,” ujar Cikgu Rahim.

Mufti cadang orang Islam dikecualikan GST, bukti rakyat terbeban

“Ini memberi isyarat jelas bahawa kerajaan UMNO-BN menerima tekanan hebat daripada golongan Melayu Islam yang merasa terbeban dengan cukai baru ini, sehinggakan perlunya seorang mufti tampil untuk memohon pengecualian,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu militan IS : DAP kecam tindakan Jamil Khir perlekeh wanita

Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata, meskipun IS sememangnya merupakan ancaman, namun Jamil tidak harus membuat kenyataan sedemikian.

MP Kulai cadang pemandu Singapura jelaskan saman sebelum tinggalkan Malaysia

Menurut Nie Ching, berdasarkan jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini, sejak tahun 2010 sehingga 2014, sejumlah 299,823 saman lalu lintas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikeluarkan ke atas kenderaan dari luar negara.

1MDB: DAP minta KPN henti main Twitter, segera siasat Jho Low

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, sehingga kini polis masih tetap mendiamkan diri dan langsung tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Low walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat termasuk dari UMNO sendiri.

Memperingati ulangtahun pertama pemergian Karpal Singh

Karpal sentiasa setia dengan kawan-kawan dan teman seperjuangannya sejak dahulu, terutamanya Kit dan Dr Chen Man Hin, serta mereka yang kekal bersama parti ketika ia hampir lenyap dalam pilihanraya. Beliau berkongsi kegembiraan, kesedihan dan kesengsaraan berjuang melawan rejim pemerintah yang menindas.