All posts by admin

DAP kutuk pembunuhan tiga mahasiswa Muslim di Amerika Syarikat

DAP mengutuk pembunuhan tiga mahasiswa Muslim yang dibunuh di North Carolina, Amerika Syarikat, dipercayai bermotifkan kebencian pada 11 Februari lalu.

Najib didesak isytihar harta, jelaskan kekayaan melampau keluarganya

Pendedahan (oleh NYT, 8 Februari) telah membangkitkan kekayaan luar biasa keluarga terdekat Najib sehingga menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu telah dikumpul.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bincang atur program penerangan

“Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang bermesyuarat semalam membincangkan beberapa program penerangan kepada rakyat dan akan membentangkannya dalam Majlis Pimpinan akan datang yang akan dibuat pada petang Jumaat 13 Februari 2015.

Malaysia sekali lagi jadi cemuhan komuniti antarabangsa

Akibat keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, Malaysia sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa bersabit persoalan kedaulatan undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia.

“Saya hanya pertahankan hak wanita dan tidak pernah menentang pihak berkuasa agama” – Chong Eng

Saya langsung tidak pernah menyentuh soal sama ada agama patut atau tidak patut. Saya menghormati setiap pilihan seseorang wanita

Anwar masih Ketua Pembangkang – Guan Eng

Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Ahli Parlimen tidak hilang kelayakan sehingga larut tempoh 14 hari daripada tarikh dijatuhkan hukuman.

Malah, tempoh tersebut boleh dilanjutkan lagi sekiranya Anwar memohon ampun daripada pihak Yang Di Pertuan Agong.

Separuh daripada anggota Kabinet Najib perlu berundur

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, sekiranya negara mempunyai Kabinet dengan beberapa pengecualian terdiri daripada Menteri yang lahir selepas Merdeka, separuh anggota Kabinet yang disifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak bermutu boleh dilupuskan.

Kaca mata ras

Justeru itu, sudah tiba masanya kita berfikir ke mana harus lanskap politik ini bergerak – mengekalkan politik perkauman bawaan Barisan Nasional atau memulakan langkah baru bersama Pakatan Rakyat? Ya, ini soal partisan. Yang tidak minat kedua-duanya juga harus buat pilihan.

DAPSY bertekad teruskan perjuangan tegakkan keadilan

DAPSY berasa amat kecewa dengan keputusan para hakim. Kami bertekad akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan menumbangkan BN yang korup serta kotor ini.

Golf sukan rakyat: Logikkah minat peribadi dijadikan dasar negara?

Selain itu faktor masa. Walaupun kos bermain golf mungkin sudah sedikit murah tetapi kita akan menghabiskan masa sekurang-kurang 4 jam di atas padang golf sedangkan waktu itu lebih berkualiti jika kita guna untuk bekerja atau diluangkan kepada anak isteri.