All posts by admin

DAP gesa Kerajaan BN tolak permohonan KIDEX lanjut tempoh

Sudah tiba masanya untuk melihat pilihan lain yang lebih sesuai dan mampan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, khususnya di Petaling Jaya.

Tanpa Anwar, Pakatan Rakyat perlu bekerja atas dasar bersama

Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang memiliki keyakinan, bukan seperti sekarang dan PR perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan bahawa kita lebih berdaya maju serta merupakan pilihan terbaik

DAP rakam ucapan takziah kepada keluarga Tuan Guru Nik Aziz

DAP merakam salam takziah kepada Datin Seri Sabariah dan keluarga mereka di atas kembalinya Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke Rahmatullah malam tadi.

Bernama TV masih gagal bayar gaji pekerja, apa tindakan kerajaan?

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja seolah-olah merestui Bernama TV yang gagal membayar gaji pekerjanya, selain membiarkan syarikat itu menimbunkan hutang yang akhirnya terpaksa dilangsaikan kerajaan.

Kerajaan peralat institusi kehakiman – PR Johor

“Kami mengecam keputusan mahkamah yang bersifat politik di mana institusi kehakiman diperalatkan untuk menghalang Anwar daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial,” kenyataan tersebut dipetik.

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam.

“Hakim lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar”

“Hanya nama sahaja Melayu dan Islam. Tetapi hakim mahkamah lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar.

Singapura, China pemilik hartanah terbesar kalangan warga asing di Johor

Kerajaan negeri Johor telah meluluskan 2,078 permohonan dari warga China tahun lalu, meningkat hampir 500% daripada kelulusan 436 permohonan pada tahun 2013.

Laungan ‘Reformasi’ bergema di luar penjara Sungai Buloh

Kira-kira 500 peserta himpunan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur berhimpun dihadapan Penjara Sungai Buloh mulai jam 9 malam tadi, dengan masing-masing turut menyalakan lilin, simbolik kematian sistem kehakiman negara.

Kenyataan pantas Pejabat Perdana Menteri, bukti Anwar telah dianiaya

Apakah Pejabat Perdana Menteri begitu genius berbanding Tun Ariffin yang mengambil masa dua jam membaca penghakimannya sedangkan pihak mereka sekadar mengambil masa beberapa minit saja untuk mencerna jargon undang-undang, kerumitan teknikal dan hujah-hujah dalam penghakiman?