All posts in 'Berita' Subscribe

Kalau Tunku masih ada pastinya beliau sedih melihat keadaan negara – Kit Siang

Selepas lebih 56 tahun negara ini dibina, Tunku tentunya mahu melihat Malaysia menjadi lebih erat dan bersatu dalam kehidupan majmuk berbilang agama dan kaum

Kit Siang akan minta Teresa mohon maaf jika terbukti video ‘One-derful Malaysia’ anti-Melayu dan Islam

Kita boleh setuju atau tidak setuju sama ada video itu bagus, tidak bagus, malah teruk atau tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Namun apa yang tidak boleh diterima adalah penipuan dengan menuduh video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Charles Santiago kecam serangan perkauman dan seksis terhadap Teresa Kok

Saya bersetuju bahawa sesiapa saja mempunyai hak untuk tidak menyukai klip video Teresa Kok dan mengkritiknya. Tetapi bukannya mengambil sebahagian dan menjadikannya sebagai satu isu untuk memecahbelah serta membenarkan keganasan.

Gagal banteras rasuah, mungkinkah Menteri Datuk Paul Low letak jawatan? – Kit Siang

Persoalan sekarang, adakah Paul Low akan ikut jejak langkah Waythamoorthy kerana semua orang sangat jelas, kecuali beliau sendiri, bahawa Najib tiada iltizam politik untuk melawan rasuah dan salah guna kuasa.

Guan Eng cabar Muhyiddin tidak naikkan tol sehingga PRU-14

Tindakan kerajaan ini merupakan satu taktik oportunis yang jelas bertujuan untuk cuba memenangi hati dan undi di Kajang. Bolehkah Muhyiddin memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan sehingga PRU-14 nanti?

Teresa Kok gesa UMNO, Utusan hentikan tuduhan liar terhadap dirinya dan DAP

Apa yang dinyatakan Abdul Rahman ini adalah kenyataan paling bahaya dan pembohongan paling besar terhadap DAP. Adakah beliau cuba menghasut orang Melayu, umat Islam dan Raja agar menentang DAP?

Peguam Negara perlu ajar Zahid undang-undang – Gobind

Gobind Singh Deo meminta agar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengajar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi undang-undang negara, khususnya mengenai peruntukan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Daripada kacau DAP, lebih baik ROS bantu polis siasat NGO sembelih ayam – Hannah Yeoh

Speaker DUN Selangor itu juga menyarankan Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut serta menyiasat daripada berterusan menyerang DAP dengan tuduhan palsu.

PR kecam NGO cetus provokasi sembelih ayam, tawar wang tampar Teresa

Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan sekumpulan NGO yang melakukan provokasi melampau terhadap empat wakil rakyat serta menawar ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Pemimpin PR sokong penuh Teresa Kok, kecam keras tindakan NGO tidak bertanggungjawab

Tindakan mereka itu jelas memalukan agama Islam. Islam tidak mengajar umatnya melakukan perkara sebegini. Islam mengajar kepada kebaikan, keamanan, toleransi dan menghormati sesama manusia.