All posts in 'Berita' Subscribe

Ekonomi Melayu-Bumiputera lebih maju jika rakyat tolak UMNO – Mohd Ariff Sabri

Takut, terima dan bersyukur dengan apa yang ada. Begitulah mentaliti feudalisme yang berjaya diterapkan UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap golongan Bumiputera supaya terus bergantung harapan kepada kerajaan.

Empat tahun tunggu bantuan PPRT tak dapat, Kerajaan Johor digesa bertindak – ADUN DAP Tangkak

Ee Chin Li meminta Kerajaan Negeri Johor bersungguh-sungguh menjayakan transformasi luar bandar di negeri itu memandangkan masih ramai golongan miskin tidak terbela.

Kerajaan PR Selangor diminta selesai segera masalah kekurangan tanah kubur

Penyelesaian cepat dan efektif perlu dilakukan berikutan masalah kekurangan itu semakin ketara akibat kegagalan Kerajaan BN ketika mentadbir negeri yang tidak tegas dalam melindungi tanah rizab kubur serta menambah carumannya.

PR tekad usaha tingkat sokongan rakyat Sabah – Kit Siang

“Kita perlu memenangi hati rakyat Sabah dengan membuktikan keikhlasan dan komitmen kita terhadap penduduk desa, serta membuktikan menerusi perbuatan bahawa kita tidak akan mengabaikan hak dan keperluan mereka,” katanya ketika melancar kempen Impian Sabah di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Majlis Perundingan Perpaduan Nasional: “Kerajaan jangan syok sendiri” – Kulasegaran

“Walaupun saya bersetuju sesetengah program mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum melalui interaksi dan sebagainya, kita juga mahu tahu bagaimana Jabatan Perpaduan sendiri mengimplementasikan perkara ini,” ujar beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Johor negeri ‘deposit tetap’ BN, tapi rakyat dipaksa bayar tarif air tinggi

Ahli Parlimen DAP Kluang, Teo Nie Ching berkata, ia lebih menghairankan apabila rakyat Melaka menikmati harga jauh lebih rendah berbanding rakyat Johor sendiri.

Kenaikan cukai taksiran: Menteri Wilayah disaran henti kelirukan warga kota

Warga kota tidak pernah keliru, mereka memahami sepenuhnya apabila nilai tahunan dua kali ganda daripada sebelumnya, ia bermakna kadar penilaian tahunan akan berganda jika kadar cukai peratusan tetap sama.

Kenaikan cukai taksiran: DAP kecam kenyataan bercanggah kementerian

Kenyataan itu tersiar dalam dua akhbar iaitu The Star dan News Straits Times (NST) baru-baru ini melaporkan dua pandangan berbeza dalam tempoh sama.

DAP terus buat kerja, lancar ‘Impian Sabah’ pula

Berdasarkan gerakan ‘Impian Malaysia’ yang diilhamkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, projek pertama Impian Sabah bakal diadakan di Kampung Samparita Laut, Kota Marudu sebuah kampung Dusun yang mengambil masa tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Pulau Pinang tuntut PM kota janji bina LRT atau MRT – Lim Guan Eng

“Kerajaan negeri berharap janji mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sendiri untuk membina dan membiayai sistem perkhidmatan LRT atau MRT dapat ditunaikan,” katanya mengikut surat bertarikh 26 November yang dihantar kepada Hishammuddin