All posts in 'Berita' Subscribe

DAP Gelang Patah anjur dialog bersama Orang Asal

Sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia, DAP akan menganjurkan dialog awam pada 17 Ogos ini bersama Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia, Yusri Ahon.

DAP tubuh pasukan bertindak atasi krisis jenayah

DAP hari ini mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai ketua Crime Action Taskforce (CAT) bagi menggesa kerajaan menambah guna tenaga kerja pasukan polis untuk mengembalikan keamanan awam.

‘Father Augustus Chen’ terbukti tidak wujud, DAP cabar ROS kemuka penjelasan

DAP mencabar Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman mengemukakan alasan berhubung dakwaannya yang menggangap pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) lalu tidak sah apabila watak rekaan dengan nama ‘Father Augustus Chen’ terbukti tidak wujud.

ROS digesa bersikap profesional, kemukakan penjelasan – Guan Eng

DAP akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

DAP gesa reformasi sistem pendidikan, ekonomi atasi masalah pengangguran

DAP menggesa kerajaan supaya mereformasi dasar pendidikan dan dasar ekonomi agar penyelesaian yang lebih efektif dapat dicapai berhubung permasalahan ‘brain drain’, pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) golongan muda negara.

Jenayah berleluasa, bukti tranformasi Najib gagal – Charles Santiago

DAP menyifatkan kadar jenayah yang berleluasa merupakan bukti kegagalan kerajaan walaupun ianya didakwa menjadi keutamaan dalam program Tranformasi seperti dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DAP kesal sikap KPN enggan terima cadangan tangani jenayah

DAP kesal dengan kepimpinan polis yang pasif kepada penyelesaian untuk memerangi jenayah dan langsung tidak mengambil peduli segala saranan agar masalah berkaitan jenayah itu dapat diatasi segera.

DAP tempelak logik akal Menteri Dalam Negeri

Dalam usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menghidupkan semula undang-undang seakan Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa seramai 260,000 orang penjenayah sedang bergerak bebas dalam negara.

DAP sedia jawab semua tuduhan palsu mengenai pemilihan CEC

Hanya tinggal sehari saja lagi masa diberi untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk tampil dan membuktikan dia benar-benar wujud.

DAP kecam Lee Kuan Yew

PAP di Singapura adalah sama dengan BN di Malaysia sebagai sebuah parti yang memerintah. Kedua-dua parti ini mencatatkan kemerosotan ketara sokongan rakyat dan kita tidak begitu hairan dengan kenyataan pemimpin veteran Singapura Kuan Yew.