All posts in 'Berita' Subscribe

Rakyat perlu jadi pendesak pulihkan kebebasan media

Rakyat perlu memainkan peranan penting sebagai kumpulan pendesak utama bagi memastikan liputan media adil dan saksama tidak hanya menjelang pilihan raya umum tetapi terus dipraktikkan sebagai medium maklumat bebas kepada semua.

Najib terus terima tamparan hebat: Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Pulau Pinang hargai pejuang, terus beri sumbangan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memastikan nasib keluarga perajurit negara yang gugur semasa mempertahankan negara terus terbela walaupun mereka bukan berasal dari Pulau Pinang sebagai tanda solidariti dan penghargaan kepada pahlawan negara.

UMNO-BN ancam keselamatan negara

Ketika Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka merupakan pilihan raya terkotor dalam sejarah negara, rakyat terus ditakutkan dengan hegemoni huru-hara dan kacau bilau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

Najib bakal tepati ramalan RAHMAN, jadi PM UMNO/BN terakhir

Perangai dan gangguan samseng 20 aktivis UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mengibarkan bendera terhadap ceramah UBAH Dream Truck di Teluk Intan, Perak, yang dihadiri 4,000 orang membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia (TI-M), 20 Februari lalu tidak berniat menjunjung ikrar berkenaan.

Pencerobohan Lahad Datu: PR gesa sidang khas Parlimen, minta rakyat bertenang

Pakatan Rakyat (PR) menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan segera bagi membincangkan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku di Sabah.

BN Johor goyah, PR peluang menang 20 kerusi Parlimen

Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasanya di Johor malah di Malaysia mungkin sudah terjawab apabila satu kajian menunjukkan wujud peningkatan mendadak sokongan pengundi Melayu dan Cina negeri itu kepada Pakatan Rakyat (PR).

Lahad Datu: Elak spekulasi liar, beri solidariti kepada negara

Teori konspirasi tanpa bukti kukuh menuduh ada pemimpin oposisi bersubahat dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah satu dakwaan yang tidak bertanggungjawab.

Kit Siang cadang tubuh majlis semua pihak urus krisis di Sabah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan majlis semua pihak ditubuhkan membabitkan wakil daripada parti pemerintah dan oposisi untuk membantu menguruskan pencerobohan tentera Sulu di Sabah.

Kit Siang minta pandangan rakyat samada perlu tandatangan ikrar integriti pilihan raya

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meminta rakyat Malaysia memberi pandangan sama ada beliau perlu menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia (TI-M) selepas ditandtangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.