All posts in 'Berita' Subscribe

Bakar Bible satu cadangan “bodoh” – Dr Ariffin Omar

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar berpendapat cadangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk “bakar Bible demi penyedaran” adalah satu cadangan paling bodoh dan tidak masuk akal.

Forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” malam ini

Forum kebebasan akademik tetap diadakan di Dewan Perniagaan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini, malam ini walaupun tanpa kehadiran wanita “listen, listen, listen” kerana hak asasi pelajar dan pensyarah lebih penting untuk dibincangkan.

Tewas saman fitnah Anwar: Bukti Utusan Malaysia penipu, pembohong

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia, yang sedang mencipta sejarah di Malaysia sebagai akhbar yang paling banyak tewas dalam saman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Projek IC khianati rakyat dan negara, UMNO-BN harus dihukum

Sambil menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO-BN itu, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, parti pemerintah itu harus bertanggungjawab terhadap ‘dosa’ silam mereka ke atas rakyat Sabah.

Artikel Utusan Malaysia fitnah lagi, Anwar menang saman fitnah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didapati bersalah memfitnah dalam satu laporannya awal tahun lalu berhubung satu temu bual yang disiarkan BBC.

Kit Siang anggap Mahathir semakin mengarut

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap semakin mengarut apabila mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada satu juta pendatang asing di dalam Persekutuan Malaya sebelum merdeka.

Sekat kebebasan seni: Buskers tak perlu permit, DBKL disaran timbang semula cadangan

Ketua Biro Pakatan Rakyat Pemuda DAPSY, Mazir Ibrahim, berkata tindakan DBKL untuk mengenakan permit ke atas semua buskers juga sama seperti cara kerajaan BN mengawal media massa, menyekat kebebasan bersuara dan berekspresi melalui undang-undang dan peraturan yang tidak adil.

Rakyat tidak yakin fitnah Mahathir terhadap Tunku

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membersihkan nama Tunku Abdul Rahman, bapanya sendiri Tun Razak dan satu juta warga generasi Merdeka daripada fitnah Mahathir itu.

Sertai DAP atas prinsip Islam

Saya tidak melihat bahawa ada sebarang unsur anti-Islam yang didakwa sesetengah pihak. Perjuangan utama DAP adalah menentang rasuah, membela rakyat yang tertindas, mahu keadilan ditegakkan.

UMNO didik Melayu berjiwa kecil, bergantung harap pada pemerintah

Orang Melayu diingatkan tidak terperangkap dengan permainan politik “Melayu dan Islam” oleh UMNO-BN kerana sepanjang pemerintahan parti itu di negara ini, imej Melayu tercalar teruk dengan rasuah malah sehingga kini terdapat ramai orang Melayu yang masih mundur dan merempat di negara sendiri.