All posts in 'Berita' Subscribe

Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya

Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.

Kit Siang sokong buka semula kes lama dakwaan rasuah hakim

“Malah, testimoni di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap kes video klip V.K. Lingam (2007-2008), saya mengulangi apa yang dibangkitkan di Parlimen pada 1996, menuntut siasatan menyeluruh ke atas 112 dakwaan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan salah laku kehakiman terhadap 12 hakim yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Dartuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid.

Proses pendaftaran pengundi luar negara diragui

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan pendaftaran pengundi luar negara hampir 13 bulan dari tarikh cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya menimbulkan banyak keraguan terhadap kesediaan dan komitmen badan itu terhadap proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Jenayah kian meningkat, wujudkan pasukan polis bantuan

ADUN Bukit Tunku, Lau Weng San dalam kenyataan medianya menyebut bahawa cadangan itu pernah diutarakan dua tahun lalu namun sekadar menerima respon lemah daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sambil menyifatkan kononnya kadar jenayah di Selangor kian menurun.

BN terdesak, PR semakin cerah ke Putrajaya

Menurut Kit Siang, tinjauan terkini Umcedel juga menunjukkan populariti Najib dan Anwar Ibrahim sangat hampir dengan hanya perbezaan satu peratus iaitu Najib 43 peratus dan Anwar 42 peratus sebagai “yang paling layak menjadi Perdana Menteri”.

Banyak lagi penipuan, pembohongan UMNO/BN untuk menang PRU-13 – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pasti akan dihujani pelbagai penipuan dan pembohongan pemimpin UMNO/BN, propagandis dan media perdana mereka tanpa sedikit pun rasa penyesalan atau keinsafan.

Polis diminta bertindak terhadap pengedar risalah ugutan bakar bible – Guan Eng

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berharap pihak polis dapat mengadakan kawalan ketat Ahad ini bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Pensyarah penakut, jadi barua, mahasiswa di brainwash” – Dr Aziz Bari

Katanya, biarpun kebebasan akademik boleh dikategorikan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dan berekspresi, tetapi tidak ada jaminan perlindungan diberi kerana dikongkong akta itu sambil memberi contoh apa yang pernah berlaku terhadap dirinya.

Kit Siang anggap pembohongan NST perbuatan durjana dan hina

Satu lagi penipuan dan pembohongan melampau dilakukan media perdana UMNO/BN, New Straits Times, semalam yang menyiarkan laporan palsu pada muka surat 6 bertajuk “Wife of ailing MP angry at DAP”.

Forum Listen: “Universiti kita mandul, mahasiswa dibonsaikan” – Dr Maszlee Malik

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, “kemandulan” universiti tempatan adalah disebabkan pemerintah menyemai budaya takut dan budaya ‘bodek’ di kalangan masyarakat meliputi golongan mahasiswa atau pensyarah melalui ugutan, tekanan dan sebagainya.