All posts in 'Berita' Subscribe

MCA dan Gerakan gagal ujian pertama tugasan kabinet – Lim Kit Siang

Malah kata Kit Siang, beliau hairan dengan kenyataan Mah yang nampaknya bersungguh-sungguh memperjuangkan Malaysia, namun tidak pasti sama ada mendokong 1Malaysia anjuran Datuk Seri Najib Razak atau Malaysia jenis Muhyiddin yang mengaku ‘Melayu dulu, Malaysia kemudian’.

Pakatan sedia kerjasama dengan BN elak ‘13 Mei’

“Saya akan menjadi orang pertama yang memuji Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dia bercakap sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi seluruh rakyat Malaysia, tentang pentingnya menjaga perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Kereta pegawai Pusat Komuniti Kluang disimbah cat merah, diherdik ‘Melayu bangsat’

Kereta milik pegawai Pusat Komuniti Kluang (KCC), Sheikh Umar Ali disimbah cat merah pagi ini dipercayai berkaitan kekecohan yang terjadi semasa lawatan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol, Tan Hong Pin ke bazar Ramadhan bandar Kluang beberapa hari yang lalu.

Ketua Menteri P Pinang sumbang RM20,000 kepada ‘soup kitchen’ The Lighthouse

Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

Forum ‘rombakan kabinet’ di KLSCAH, Khamis ini

Orang ramai dijemput bersama-sama menyertai forum bertajuk ‘Cabinet reshuffle: Will the new Ministers be effective?’ yang bakal diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela pada hari Khamis, 10 Julai ini.

Hari Warisan berperanan kukuh persefahaman antara kaum

Keunikan bandaraya ini ialah kerana ia terdiri daripada pelbagai suku bangsa, ikatan agama, dan kebudayaan, di mana amalan dan seni tradisional bertahun-tahun dahulu masih kekal dan diamalkan sehingga hari ini.

Berhenti layan pelajar tingkatan 3 seperti ‘bahan ujikaji’

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mendesak Kementerian Pendidikan agar tidak lagi melayan pelajar tingkatan 3 sebagai bahan ujikaji, sebaliknya memastikan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang sudah pun bermula dilaksanakan sebaik mungkin.

Pulau Pinang sedia kerjasama dengan Pusat naik taraf lapangan terbang

Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Pusat bagi menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dengan memperuntuk tanah seluas 70 ekar bagi pembinaan dua landasan baru, termasuk kemudahan kargo udara bersepadu dan hab MRO (Maintenance, Repair, Overhaul)

Muhyiddin Yassin layak jadi idola Perkasa dan Isma – Guan Eng

Muhyiddin bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada NGO sayap kanan seperti Perkasa dan Isma sebagai seorang pentaksub serta pelampau dan sama sekali tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Kerajaan cabul hak gelandangan – Ong Kian Ming

Rancangan kerajaan menggunakan Akta Orang Papa untuk membenarkan penahanan dibuat juga tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2012.