All posts in 'Berita' Subscribe

‘Negara-ku’ – gerakan rebut kembali negara daripada rasis dan pelampau

Menurut piagamnya, Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif dengan menolak semua jenis ketaksuban dan kebencian, serta melawan diskriminasi dan ketidakadilan.

Wayang peduli gelandangan, lawatan Najib seperti satu gol Brazil

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, kehadiran Najib malam tadi di sekitar pusat beli-belah Kota Raya dan hentian bas Cahaya Suria membuktikan bahawa Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang wajar dilakukannya.

DAP kecam serangan rejim Israel, desak masyarakat antarabangsa campur tangan segera

DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel yang meneruskan serangannya di Tebing Gaza, serta mendesak masyarakat antarabangsa segera campur tangan bagi menghentikan peningkatan jumlah kematian di sana.

Exco Johor diminta perjelas, Bazar Ramadhan Kluang milik Umno?

Surat bertarikh 6 Julai itu antara lain mengesahkan bahawa MPK memberi kuasa kepada Md Jais Sarday yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, merangkap Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang untuk menganjur dan menguruskan, termasuk mengutip sewa tapak, bazar Ramadhan tersebut.

Ulas kekalahan Brazil, Najib ramal masa depan buruk negara pimpinannya sendiri

“Sangat tragik jika Najib membayangkan masa depan buruk kerajaan dan negara di bawah pimpinannya apabila menjadikan kekalahan mengejut 1-7 Brazil di tangan Jerman sebagai analogi,”

Henti ungkit tragedi 13 Mei untuk takutkan rakyat – NGO Ikram

“Semua pihak perlu beriltizam menghormati Perlembagaan Persekutuan. Parti kerajaan dan pembangkang serta NGO mesti berusaha mengendurkan sebarang ketegangan yang timbul bagi menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara.

Peluang latihan amali bersama Ahli Parlimen Kluang

Program Latihan Amali bertujuan mendedahkan bagaimana wakil rakyat mengimbangi tugas Parlimen, membuat dasar, berkhidmat di kawasan dan melibatkan diri dalam hal ehwal politik parti.

Kerajaan Johor digesa dedah hasil jualan tanah tambak

Kerajaan negeri Johor digesa mendedahkan hasil jualan sebenar tanah yang diambil bagi projek penambakan laut seluas 3,237.48 hektar di Selat Johor.

Dituduh berbohong, Kian Ming cabar pemimpin Gerakan berdebat

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mencabar Naib Presiden Gerakan Dominic Lau untuk berdebat tentang kesesuaian penggunaan insinerator di negara ini setelah pemimpin Gerakan itu menuduhnya berbohong tentang lawatan ke Jepun.

Kementerian Kewangan digesa siasat skim cepat kaya Zhang Jian

Sepatutnya Bank Negara dan Kementerian Kewangan menyiasat skim RM300 juta ini di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.