All posts in 'Berita' Subscribe

Berikutan kenaikan kadar faedah, DAP minta skim pembeli rumah kali pertama dikembalikan

“Kami membantah sebarang kenaikan kadar faedah tanpa apa-apa langkah timbal balik membantu peminjam membayar semula pinjaman mereka,” kata Lim Guan Eng. Katanya lagi, kenaikan kadar faedah akan membawa kesan inflasi, seterusnya meningkatkan kos sara hidup dan mengurangkan kemampuan berbelanja rakyat.

NGO hak asasi Proham sokong Negara-ku

Pengerusi Proham Datuk Kuthubul Zaman dan Setiausaha Agung Datuk Denison Jayasooria menyifatkan penubuhan gerakan itu kena pada masanya, iaitu tatkala negara di ambang ulangtahun kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia ke-51.

Sejauh mana kesungguhan kerajaan dalam kempen ‘pemisahan sampah’?

Hakikatnya, langkah bagi memastikan orang ramai memisahkan sampah sudah dirancang sejak Februari 2011, namun beberapa kali ditangguh sehingga kini.

Lucu, Menteri Kewangan luluskan permohonan Perdana Menteri

Semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan pada 1998, jawatan itu hanya sekali disandang oleh seseorang yang bukan memegang jawatan Perdana Menteri, iaitu Tun Daim Zainuddin dari tempoh 1999 hingga 2001.

Jabatan Perdana Menteri terima 15% daripada belanjawan negara

“Masalahnya peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan Kementerian. Sebagai contoh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dengan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Kos lupus sampah guna insinerator mahal, tak tahan lama

Selepas melihat keburukan insinerator yang sudah dibuktikan di luar negara, kami menggesa kerajaan menimbangkan kaedah pengurusan sampah yang tidak melibatkan proses pembakaran (non-thermal) seperti konsep ‘Pengurusan Sifar Sisa’.

Benarkah Najib sedia jadi suara kesederhanaan? – Lim Kit Siang

Justeru kata Kir Siang, persoalan kini sama ada Najib bersedia menjadi Perdana Menteri yang membawa suara kesederhanaan, menyokong keamanan dan keharmonian di kalangan semua agama seiring aspirasi Pengisytiharan Kemerdekaan 1957.

Manipulasi kenyataan 13 Mei, Muhyiddin patut salahkan Utusan

Jadi, jika ucapan Muhyiddin di Pagoh itu telah dimanipulasi, maka pelakunya tidak lain adalah Utusan Malaysia. Ini sangat jelas, kerana akhbar itu yang melaporkan ucapan beliau.

Apa jaminan bau busuk hilang dengan pembinaan insinerator?

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menjelaskan lebih lanjut jaminannya bahawa bau busuk yang mengganggu penduduk Taman Beringin, Kepong yang berpunca daripada pusat pemindahan sisa disana akan hilang selepas pembinaan insinerator.

RCI pendatang haram Sabah: Sudah 2 bulan selesai, kenapa kerajaan masih enggan bentang laporan?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah.