All posts in 'Berita' Subscribe

Polis tidak mahu pegawai SPRM di pejabat mereka?

Bukan sahaja menolak cadangan Suruhanjaya Diraja untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), agensi penguatkuasa tersebut nampaknya turut berjaya mengelak daripada dipantau pegawai pencegah rasuah.

Isu rampasan Alkitab: MB Selangor perlu jumpa Peguam Negara untuk segera selesaikan masalah

Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo berpandangan bahawa Khalid tidak harus lepas tangan dengan hanya merujuk permasalahan itu ke bawah bidang kuasa Gani kerana isu berkenaan berlaku dalam negeri Selangor dan membabitkan agensi penguatkuasaan negeri itu.

150 orang hadir malam memperingati MH370

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang turut hadir semalam menyifatkan tiga puluh hari yang lalu sebagai bulan paling sukar dan lama bagi seluruh dunia, berikutan misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih belum menampakkan apa-apa petunjuk.

Pencerobohan makin serius di perairan Sabah, ESSCOM terbukti gagal

Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata, insiden terbaru penculikan dua wanita dari China dan Filipina di Pulau Singamata, Semporna, merupakan petunjuk jelas bagaimana ESSCOM langsung tidak mempunyai sebarang fungsi.

Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Memali jika benar beliau tidak bersalah dalam tragedi itu.

GST akan tambah beban golongan berpendapatan rendah dan orang Melayu

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan merupakan sistem percukaian songsang yang akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah.

Tepati janji PRU, kerajaan Selangor perlu tolak lebuhraya KIDEX

Kerajaan Selangor perlu menghalang projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) daripada diteruskan, sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol, kata Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo.

10 juta Red Bean Army: Lagi tuduhan mengarut terhadap DAP

Sungguh mengejutkan, individu yang mendakwa dirinya memimpin NGO boleh menjadi hilang akal dan gila sehingga sanggup percaya bahawa DAP bukan saja mempunyai 800 ‘cybertrooper’ RBA tetapi mahu merekrut 10 juta lagi pada PRU 14 nanti dengan peruntukan tahunan RM360 bilion.

Laksana segera dasar gaji minima, turunkan hutang isi rumah

DAP mencadangkan gaji minima RM1,100 beserta tempoh bertenang 5 tahun untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dan pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi dengan melindungi PKS

DAP gesa gubal undang-undang untuk pastikan air minum selamat

Kes pencemaran air terawat di negeri Johor semakin membimbangkan berikutan kes terbaru di kawasan Mawai-Sedeli dan Kota Tinggi di mana disyaki air laut telah bercampur dengan air yang telah dirawat, menyebabkan air tersebut tidak sesuai untuk diminum.