All posts in 'Berita' Subscribe

Paul Low mesti desak perjanjian konsesi Lebuh Raya KIDEX didedahkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low perlu membuktikan peranannya dalam hal ehwal integriti dan ketelusan dengan mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang bakal dibina.

Chin Tong: Pelaksanaan idea sebagai fasa politik baru bagi pembangkang

Pembangkang kini memasuki fasa politik baru dengan tidak saja mengkritik tetapi juga melaksanakan idea serta menjayakan kegiatan yang menjadi contoh bagi program-program yang akan dijalankan oleh Pakatan Rakyat apabila ia membentuk kerajaan nanti.

Bubar sahaja Esscom jika tiada kuasa di Pantai Timur Sabah

Kerajaan sebaiknya membubarkan sahaja Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) jika ia sebenarnya tidak memiliki sebarang kuasa di Pantai Timur Sabah.

DAP anjur majlis peringatan satu bulan kehilangan MH370 di seluruh negara

Menjelang satu bulan tragedi kehilangan pesawat MH370, DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertafakur memperingati 239 mangsa nahas terbabit, demi bersolidariti bersama ahli keluarga dan sahabat handai mereka.

Insinerator Bukit Nanas: Timbalan Menteri berbohong?

Bukan sahaja tahap dioksin dan furan tidak disukat setiap bulan di insinerator terbesar di Semenanjung Malaysia itu, malah ia juga tidak diterbitkan walau sekali pun dalam laporan yang dikeluarkan syarikat yang menguruskannya. – Dr Ong Kian Ming

Jabatan Peguam Negara mahu bunuh kerjaya politik Karpal

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin telah meminta hukuman pencegahan (deterrent sentence), malah mengugut Mahkamah Tinggi dengan mengatakan kegagalan menjatuhkan hukuman berat adalah tidak menghormati sistem beraja.

Tarif air Pulau Pinang akan kekal paling rendah dalam negara

Bagi memastikan kenaikan tarif tidak membebankan rakyat, diskaun enam peratus bagi surcaj pemuliharaan air (WSC) akan diberikan kepada keluarga yang memiliki isi rumah lapan orang ke atas, berkuatkuasa 1 Mei ini.

DAP mohon khaskan hari terakhir Parlimen untuk bahas tragedi MH370

Hari ini adalah hari ke-28 tragedi tersebut, namun Parlimen Malaysia masih lagi belum mencapai kata putus tentang apa-apa langkah yang boleh diambil badan kerajaan terbabit untuk menangani isu pengurusan tragedi tersebut.

Jangan guna sentimen MH370 tutup kelemahan keselamatan

Jangan mempergunakan sentimen kehilangan pesawat MH370 demi menutup kelemahan kawalan keselamatan negara berikutan penculikan dua wanita di sebuah pusat peranginan di Semporna, Sabah dua hari lalu.

Pendakwaraya fail rayuan balas untuk hukuman lebih berat ke atas Karpal

Tidak berpuas hati dengan hukuman terhadap tokoh DAP Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948, Jabatan Peguam Negara bertindak memfailkan rayuan balas supaya hukuman terhadapnya ditambah.