All posts in 'Berita' Subscribe

Larangan masuk Sarawak hanya supaya BN tidak digugat

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak memperalatkan Perlembagaan Persekutuan demi kepentingan politik apabila mengeluarkan arahan supaya orang tertentu tidak dibenarkan memasuki negeri tersebut.

MH370: Apa maksud kenyataan ‘telah berakhir’ Najib

Pakatan Rakyat menggesa kerajaan menjelaskan maksud sebenar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan penerbangan MH370 “berakhir di Selatan Lautan Hindi.”

Krisis Air Selangor: Gamuda jadikan rakyat tebusan untuk peras tawaran lumayan

Pakatan Rakyat menyelar tindakan Gamuda, selaku pemilik Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH) yang menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan dengan menolak tawaran untuk mengambil alih SPLASH, semata-mata untuk memeras tawaran lebih lumayan daripada kerajaan negeri.

Cadangan Shahidan Kassim akan melahirkan wakil rakyat tidak peduli rakyat

Menurut Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming, selain melebarkan jurang antara kaum dalam negara, pelaksanaan sistem ‘satu orang, satu undi, berasaskan kaum’ juga akan melahirkan wakil rakyat yang tidak peduli tentang nasib dan pandangan kaum lain yang bukan dari kaum mereka sendiri.

Krisis MH370: Hishammuddin ‘lari’ ke Hawaii bukti kerajaan tidak serius

Kerajaan ternyata tidak serius dalam menangani krisis MH370, apabila Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‘lari’ ke Hawaii sedangkan beliau sepatutnya memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Banteras jenayah, bukan buru pengguna Facebook

Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran supaya menumpukan perhatian terhadap usaha mencegah masalah jenayah yang berleluasa dan bukannya mengejar khabar angin di Facebook dan Twitter.

Kerajaan BN terus berbohong tentang kos pembinaan KLIA 2

Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk ke sekian kalinya menipu rakyat berhubung kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Abdul Aziz Kaprawi akhirnya mengakui bahawa pembinaan lapangan terbang itu akan menelan kos lebih dari RM4 bilion.

Sukarelawan Impian Malaysia adakan program tanam bakau di Pontian

Program anjuran NGO Jaring dengan kerjasama Impian Malaysia itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan paya bakau (wetland) kepada alam sekitar dan ekonomi.

Halang permit akhbar, bukti terbaru BN tidak serius tentang transformasi

Tindakan menafikan permit akhbar dua portal berita internet merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bersungguh dalam usaha transformasi yang ia sendiri rencanakan.

SPAD perlu tingkatkan perkhidmatan bas untuk sokong MRT

Tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenepikan penambahbaikan perkhidmatan bas dibimbangi akan menggagalkan usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang.