All posts in 'Berita' Subscribe

DAP Johor saran kawasan berbahaya diwarta segera

DAP Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lapan orang mangsa kes mati lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat Johor. Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menyifatkan tragedi ini sebagai sangat menyayat hati memandangka ia melibatkan mangsa yang berumur antara tiga belas hingga enam belas tahun.

Hukuman ke atas Karpal bukti ikrar Najib janji kosong – LFL

Tiada sebab ia boleh dianggap menghasut. Benar, kebebasan bersuara bukanlah mutlak dan ada had – seperti membangkitkan keganasan dan kebencian, namun aras untuk kebebasan bersuara mesti tinggi

Projek jana kuasa 3B: Usaha terdesak selamatkan hutang 1MDB RM40 bilion

Projek tenaga misteri ini melipatgandakan skandal pelaburan 1MDB sebelum ini iaitu sebanyak US$2.3 bilion (RM7.63 bilion) di Pulau Cayman yang berpunca daripada pelaburan usahasama dengan PetroSaudi International Limited.

Karpal terima keputusan mahkamah, akan fail rayuan

Itu adalah hak hakim. Saya menerima keputusan itu dan akan kemukakan rayuan. Ini bukan kali pertama saya didapati bersalah – Karpal

Kerajaan negeri anggap laporan tiga lelaki ditahan edar Bible versi BM mengelirukan: Exco Agama Pulau Pinang

Senior Asisten Komisioner, Mazlan Kesah mendakwa polis tidak menerima suspek yang ditahan mana-mana pihak berhubung kes itu.

Perkasa segera DUN Johor, usah jadi sekadar ‘rubber stamp’

Pakatan Rakyat (PR) Johor mendesak kerajaan negeri memperkasakan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar tidak dilihat sebagai cop getah (rubber stamp) tetapi platform memastikan setiap dasar dapat memberi manfaat kepada rakyat.

1MDB perlu jelaskan pengunduran KPMG sebagai juruaudit luar – Tony Pua

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu menjelaskan penarikan mengejut KPMG sebagai juruaudit luar badan pelaburan itu, walaupun sudah berkhidmat sejak mula ditubuhkan.

KPN perlu henti cakap besar, segera bertindak – Kit Siang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta berhenti berlagak dan bercakap besar, sebaliknya mula bertindak terhadap anasir tidak bertanggungjawab yang mahu mencetuskan konflik kaum dan agama.

Kerajaan Pulau Pinang mahu bina sekolah Tamil, Putrajaya tolak

Guan Eng berkata, tawaran ikhlas kerajaan negeri untuk menyediakan sebidang tanah bagi membina sekolah berkenaan langsung tidak dipertimbangkan oleh Putrajaya, apatah lagi MIC.

Provokasi kaum, agama: KPN dan PDRM perlu bertindak lebih tegas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa bertindak lebih tegas bagi menangani usaha sesetengah pihak yang cuba mencetuskan permusuhan kaum dan agama, terutama di Pulau Pinang melalui insiden provokasi sejak awal tahun ini.