All posts in 'Berita' Subscribe

Laporan #Kangkung BBC: TM dan SKMM saling menuding jari, Kerajaan digesa siasat

Memandangkan sebarang tapisan adalah melanggar komitmen kerajaan di bawah Rang Jaminan MSC untuk tidak menapis internet, Shabery patut menjelaskan dengan bukti sama ada adakah sekatan itu benar berlaku.

DAP Pulau Pinang tekad laksana model pentadbiran baru lebih cekap berasaskan integriti

Kerajaan negeri sedang mendaki rantaian nilai daripada pentadbiran berasaskan belanjawan kepada pentadbiran berasaskan hasil, dengan penekanan bukan sahaja terhadap “nilai untuk wang” tetapi keberkesanan mencapai hasrat pembangunan sosial.

Cuba kaitkan kes guru dipaksa buka tudung, DAP buat laporan polis

DAP dan Pakatan Rakyat secara jelas bukan parti berdasarkan kaum, tidak pernah bersikap perkauman dan berjuang untuk semua rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu jelas kenapa harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia lebih mahal

Tidak ada sebab mengapa harga mencanak sedangkan kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM1.53 juta bagi setiap kedai KR1M Sabah tidak termasuk RM100 juta bagi ‘program penyeragaman harga’.

UMNO tidak ikhlas bela Islam, isu tudung buktinya

Jika UMNO benar-benar pembela agama Islam, kenapa mereka berdiam diri apabila didepani syarikat antarabangsa bulan September lalu dan hanya berani buat bising apabila ia melibatkan rakyat biasa?

Boleh demonstrasi di Pulau Pinang, tetapi kenapa perlu timbul ugutan 13 Mei?

United Malays National Organisation (UMNO) menimbulkan ugutan 13 Mei untuk memainkan api perkauman dan agama bagi mengelak dari bertanggungjawab terhadap kenaikan kos sara hidup.

DAP lapor polis UMNO Pulau Pinang cetus ugutan ulang 13 Mei

Antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.

Skandal PKFZ: Kalau Ling Liong Sik dizalimi, tubuhkan RCI dan siasat

Beliau adalah sebahagian daripada kerajaan Tun Mahathir Mohamad yang memulakan krisis kehakiman 1988, yang memecat Ketua Hakim, Tun Salleh Abas dan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah secara tidak sah.

Roadshow UMNO: Perdana Menteri tidak harus menambah ketegangan kaum

Perdana Menteri telah gagal untuk menyatakan pendirian tentang isu kalimah Allah sehingga kini. Beliau terus berdiam diri meski kemarahan di kalangan rakyat kian memuncak dan bertukar menjadi isu perkauman.

Laporan #Kangkung BBC: Sekatan internet tanda pengkhianatan BN

Insiden sekatan laporan ‘kangkung’ BBC memperlihatkan pengkhianatan Kerajaan Barisan Nasional dalam komitmennya terhadap kebebasan internet dan media sosial, yang menjadi tunjang kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.