All posts in 'Berita' Subscribe

Skandal RM12.5 bilion PKFZ: Peguam Negara patut dipecat

Pembebasan Ling Liong Sik sebelum ini dan Chan Kong Choy semalam oleh Abdul Gani, meninggalkan tanda tanya kepada rakyat tentang siapa yang bertanggung jawab ke atas skandal terbesar negara ini

Pembebasan Chan bukti tidak ada pemimpin dihukum kerana menipu, rugikan dana awam: Guan Eng

Pembebasan bekas Menteri Pengangkutan daripada tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkaitan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam

Wanita DAP puji usaha P Pinang lantik lebih ramai ahli majlis wanita

Pakatan Rakyat ternyata mendahului Barisan Nasional dalam usaha mencapai objektif 30 peratus pembuat keputusan daripada golongan wanita. DAP akan menambah bilangan ahli majlis wanita, bermakna setiap Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen akan dianggotai sekurang-kurangnya seorang wanita.

DAP gesa Najib beri jaminan tiada lagi ISA

Datuk Abdul Rahman Dahlan sudah meminta semua pihak menerima hakikat bahawa era ISA sudah berlalu…Namun, hanya menunggu jaminan daripada Perdana Menteri sendiri.

Kembalikan ISA: Pemikiran Khalid ketinggalan zaman

Pandangan Khalid itu autokratik kerana ISA membenarkan tahan tanpa bicara itu jelas bercanggah dengan semangat undang-undang iaitu individu hanya didapati bersalah selepas dibuktikan di muka pengadilan.

Pulau Pinang tuan rumah Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia

Pulau Pinang juga bercita-cita menjadi sebuah bandar raya sukan, selain menjadikan Pulau Pinang bandaraya bersih, hijau dan sihat. Ia adalah satu pengiktirafan bahawa kami ada kemudahan dan infrastruktur untuk acara antarabangsa serta pengalaman dan kepakaran menganjurkannya.

Larangan guna kalimat Islamik: Karpal seru Kerajaan P. Pinang dapatkan nasihat undang-undang

Larangan itu menjejaskan penganut Sikh untuk mengamalkan agama mereka di Pulau Pinang. Dalam kitab suci Sikh, kalimah ‘Allah’ muncul sebanyak 37 kali.

DAP terus komited selamatkan Sabah dari ancaman UMNO-BN

DAP mengulang komitmen untuk memastikan perubahan berlaku di Sabah demi memastikan rakyat negeri itu hidup secara bermaruah dalam keadaan yang bebas, adil, demokratik tanpa korupsi.

Sokong kembalikan ISA, Khalid tak layak jadi KPN

Ketika negara seperti Myanmar bebaskan semua tahanan politik dan menjanjikan perubahan demokratik, Malaysia dimalukan dengan ketua polis yang hanya ingin hidupkan kembali ciri-ciri negara polis.

DAP gesa Kerajaan BN Johor siasat segera bangunan rosak akibat gegaran.

Gegaran yang berlaku pagi Khamis lalu itu pada mulanya dipercayai berlaku akibat fenomena gempa bumi di Kukup Laut, namun setelah siasatan dijalankan ia dikesan berpunca dari pergerakan tanah tidak stabil dikawasan berkenaan.