All posts in 'Berita' Subscribe

Penganut Sikh tidak terjejas dengan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan penganut agama Sikh tidak terjejas dengan perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ kerana sudah diguna sekian lama dan tidak ada larangan ke atas mereka.

Pulau Pinang jadi pilihan IKEA melabur

Inter IKEA Group yang memiliki gedung terkenal di Malaysia, Singapura dan Thailand akhirnya memuktamadkan hasrat untuk turut serta memajukan projek pembangunan bercampur di atas tanah seluas 245 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kenapa terlalu sukar tunai Penyelesaian 10 Perkara – Tony Pua

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua mempertikaikan kesukaran kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Penyelesaian 10 Perkara berhubung kemelut Al-Kitab, yang diluluskan Kabinet pada 2011 lalu.

Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus

Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu RM36.1 bilion antara 2008 hingga 2012 berbanding tempoh yang sama antara 2003 dan 2007 hanya mencatat RM18.7 bilion.

Haram Comango: Zahid cuba tandingi sikap tidak rasional Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah cuba menandingi sikap tidak rasional menteri sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan mengisytiharkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai pertubuhan haram.

Kerajaan BN makin terdesak, gunakan sekolah sebar propaganda politik

Kerajaan secara senyap didapati mula mengarahkan semua sekolah meletakkan potret pemimpin negara dan negeri di dalam kelas kononnya untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar.

Fitnah jahat terhadap Hannah Yeoh tidak berasas, ulangan politik perkauman

Tuduhan itu tidak benar, malah menjadi petunjuk politik perkauman yang sentiasa dimainkan UMNO/BN.Jika diamati, beliau bukan seorang rasis. (Sebelum ini) beliau berusaha wujudkan masyarakat yang tidak dikelaskan ikut kaum, melalui pendaftaran anaknya sebagai bangsa Malaysia.

DAP kecewa tindakan polis siasat Lawrence Andrew

DAP menyeru ke arah pendekatan yang adil dan tidak berpihak daripada pihak polis untuk memastikan bahawa paderi tidak menjadi satu-satunya pihak yang diambil tindakan.

Isu serbuan JAIS: Najib talam dua muka

Bagaimana Najib boleh memilih untuk mengelak dan berfikir ia mencukupi untuk membuat kenyataan demikian? Mengapa beliau tidak mengarahkan saja penjawat awam agar menghormati dan menerima Penyelesaian 10 Perkara?

DAP gesa jangan ‘double standard’ kepada Paderi Andrew, siasat semua

“Saya menyeru PDRM untuk bertindak adil berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu dan tidak berat sebelah ke atas sesiapa, tanpa mengira agama, kaum dan keturunannya”