All posts in 'Berita' Subscribe

Sukarelawan Impian Sarawak kecewa kenyataan Dr Jerip perlekeh projek paip air graviti

Sukarelawan ‘Impian Sarawak’, Kwang Cheng Yee kecewa dengan kenyataan Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil yang memperlekehkan penduduk dan projek paip air graviti yang dilaksanakan di Kampung Sait-Muk Ayun, di negeri itu.

MCA dicabar boikot kempen Sungai Limau jika benar berprinsip

Cabaran Teresa adalah berdasarkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang melakukan politik balas dendam dengan menghukum mereka yang tidak menyokong BN, selain enggan meminta maaf terhadap kenyataan yang dibuat pada Disember 2008 yang menyeru supaya sekolah vernakular ditutup.

Pemimpin DAP digesa berhenti berbalah, ingat amanah rakyat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Foke dalam kenyataan media ringkasnya hari ini memberitahu bahawa kepimpinan pusat runsing dengan beberapa kenyataan yang dibuat pemimpin DAP di Melaka dan Johor minggu lalu yang memberi persepsi negatif terhadap hal ehwal parti.

Perbadanan Johor, DASB diminta jelas peningkatan kos ubahsuai Plaza Kotaraya sebanyak 117 peratus

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kos pembangunan projek ubahsuai Plaza Kotaraya yang dilaksanakan syarikat milik penuh Perbadanan Johor, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) meningkat 117 peratus iaitu sebanyak RM22.7 juta berbanding kos asal hanya RM19 juta.

Penjawat awam perlu ‘betulkan yang biasa, biasakan yang betul’: Ketua Audit Negara

“Saya bercakap mengenai kepedulian dalam perkhidmatan. Anda perlu peduli dengan wang rakyat. Buat kerja dengan teliti, penuh keinsafan bahawa kita pegang amanah rakyat. Peranan kita (audit) supaya mereka sedar, biasanya mereka tidak sedar, ambillah tindakan,”

Ikut prosedur pun boleh berlaku penyelewengan jika tiada pemantauan: Tony Pua

Contohnya, bila pembelian pukal dilakukan, memang semua nampak okay tapi sebenarnya ada satu item misalnya berharga 20 kali ganda. Bila berlaku seperti itu, kita boleh kata macam mana pun ada dalam peruntukan, tidak lari bajet tetapi wujud elemen penyelewengan,” kata beliau dalam Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk, “Laporan Audit: Tiris atau terlepas pandang”, di Shah Alam, semalam.

Pemuda DAP Perak desak Zahid letak jawatan, jika mahu jadi menteri samseng

Beliau bukan sahaja menunjukkan kecenderungan perkauman tapi jelas mempamerkan kelakuan seperti seorang pembuli dan ketua samseng besar.

PM, KPN perlu nyata pendirian mengenai kenyataan Zahid Hamidi

Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tidak patut terus berdiam diri mengenai perkara yang disebut Menteri Dalam Negeri sebagai dasar polis untuk “tembak dahulu”…

DAP gesa Zahid Hamidi iktiraf, selesai segera masalah penduduk bukan warga negara

Kerajaan Pulau Pinang berjaya membantu 265 individu memohon untuk dokumentasi betul termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan dan kerakyatan.

Projek rumah terbengkalai bertukar milik, pembeli asal tuntut hak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Tiew Way Keng kesal pembeli asal projek perumahan yang terbengkalai lebih 20 tahun di Taman Kencana, Ampang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.