All posts in 'Berita' Subscribe

PR gesa Muhyiddin beri bantuan saksama kepada semua sekolah

Semua sekolah yang diterima dalam arus perdana sistem pendidikan layak menerima bantuan penuh kerajaan tanpa sebarang syarat. Kerajaan harus menghentikan amalan yang tidak adil dan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah jenis kebangsaan.

Guan Eng nafi burukkan Malaysia kepada pelabur Hong Kong

Saya kesal kerana tahap bahasa Inggeris di kalangan Menteri BN dan media berbahasa Inggeris kawalan BN telah merosot pada tahap yang membimbangkan kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat lemah sehingga tidak memahami makna perkataan diaspora.

Fokus Sarawak: Bumiputera terus diugut, BN abaikan pembangunan

Sebahagian besar kawasan Bumiputera di Sarawak ketinggalan daripada keperluan asas yang sepatutnya disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.

DAP lancar program “Impian Sarawak”, bela masyarakat luar bandar

DAP hari ini melancarkan program “Impian Sarawak” dalam rangka memperluaskan perkhidmatan parti dan memupuk kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar negeri itu yang masih jauh ketinggalan mengecapi kemajuan kemudahan asas yang wajar.

Sanggupkah KP ROS sekali lagi bertindak ikut skrip UMNO/BN?

Kajian yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu menunjukkan batalion Demolish, Destroy DAP (DDD) UMNO/BN, termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), terbabit dalam konspirasi dan kempen menyerang kepimpinan DAP.

DAP kecam diskriminasi syarikat terhadap wanita bertudung

DAP menggesa syarikat di Malaysia melayan calon pekerja secara adil dan saksama dalam proses pengambilan pekerja serta menilai mereka bukan daripada segi cara berpakaian tapi berdasarkan kecekapan, keupayaan dan produktiviti.

DAP seru KPN hormati semangat Akta Kanak-Kanak 2001

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan tugas dengan menghormati semangat Akta Kanak-Kanak 2001.

PPPM abai enam isu utama, bukti tidak dilaksana dengan betul, cekap

Pakatan Rakyat menganggap tiada tindakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap enam isu membuktikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tidak akan dilaksanakan dengan betul dan cekap.

“Najib silap naik harga minyak”- ADUN DAP Mentakab

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata harga minyak tidak akan meningkat jika kerajaan memantapkan semua organisasi pentadbiran supaya lebih telus, berintegriti sekaligus dapat mengurangkan ketirisan.

Enam sebab Kit Siang bukan pencetus rusuhan 13 Mei 1969

Berikutan fitnah berkenaan, Lim Kit Siang mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Zainuddin, Fuad dan Utusan Malaysia bagi membersihkan namanya daripada semua pembohongan dan fitnah itu.