All posts in 'Berita' Subscribe

31 aktivis, penyokong DAP Dayak Sarawak lawat Selangor

Seramai 31 aktivis dan penyokong DAP masyarakat Dayak dari 11 kampung di Sri Aman, Sarawak tiba di Kuala Lumpur semalam dalam rangka lawatan ke Selangor bagi melihat sendiri pencapaian dan pelaksanaan polisi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

Hishammuddin digesa buka semula siasatan tragedi kemalangan Genting Highlands

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong menggesa Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan membuka semula siasatan tragedi kemalangan Genting Highlands yang meragut 37 nyawa baru-baru ini.

DAP hantar 3,561 surat kepada perwakilan, Setiausaha Cawangan hari ini

DAP menetapkan Kongres Khas 2013 akan diadakan di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor, pada 29 September ini, mulai jam 10 pagi.

Zairil kecewa Tanda Putera remehkan jasa Tun Razak

Yang paling mengejut dan mengecewakan beliau adalah hakikat di sebalik jumlah wang yang dilaburkan sedangkan filem itu gagal dalam objektif utamanya menghormati dan memuliakan pencapaian sebenar Allahyarham Tun Abdul Razak.

DAP gesa kerajaan henti campur tangan dalam urusan polis

DAP mengecam tindakan kerajaan yang terus memperhambakan polis untuk kepentingan politik sehingga merosakkan kredibiliti serta mencalarkan imej badan penguatkuasaan itu di mata umum.

BN bohongi HINDRAF, HINDRAF pula tipu masyarakat India

DAP mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan HINDRAF terhadap pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat India berhubung Pelan Tindakan lima tahun yang dipersetujui kedua-dua pihak pada April lalu.

Negara tetap rugi walaupun subsidi bahan api dikurang

Apa yang akan berlaku ialah kerajaan akan rugi berbanding melakukan penjimatan jika BR1M diberi untuk pusingan akan datang.

Kerajaan gagal bendung penyeludupan diesel, haram kenderaan asing beli petrol RON95

Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dianggap lemah kerana gagal membanteras aktiviti penyeludupan diesel dan menghalang kenderaan asing membeli petrol RON95 sehingga menyusahkan rakyat.

DAP tidak pernah lancar ‘perang’ terhadap ROS

DAP tidak pernah melancarkan ‘perang’ terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui media, sebaliknya ROS yang menghukum apabila mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 Julai lalu.

DAP minta ROS henti ikut skrip kempen UMNO/BN

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap ROS adalah pihak yang bersalah terhadap DAP sejak lapan bulan lalu sebab itu meminta Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berhenti bertindak mengikut skrip kempen “DDD” UMNO/BN.