All posts in 'Berita' Subscribe

ADUN DAP Pasir Pinji terima surat ugutan ‘ular tedung’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh jam 11.30 pagi semalam kerana menerima sepucuk surat berbaur ugutan tidak bersampul yang diletak dalam peti surat di kediamannya.

Kemelut kenaikan harga petrol, bahayakan pengguna

DAP menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga petroleum RON95 dan diesel masing-masing 20 sen tanpa usaha serius menaik taraf sistem pengangkutan awam negara akan membahayakan pengguna jalan raya.

Utusan Malaysia tidak kisah jaja ‘temberang’

Apa yang ditulis Awang Selamat itulah arahan yang diterima untuk ditulis dalam memberi persepsi, menguasai kumpulan tertentu. Kita boleh juga katakan bahawa beliau ini juga seolah-olah menjadi penjaja pemikiran Perdana Menteri.

Suruhanjaya Siasatan Diraja masih relevan siasat trajedi 13 Mei: Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengecam tindakan Datuk Nazri Aziz yang mempersendakan kebenaran dan menyelewengkan sejarah apabila mendakwa filem Tanda Putera dibuat berasaskan penyelidikan yang lengkap dan menuduh rusuhan kaum 13 Mei 1969 disebabkan oleh kaum Cina.

Harga minyak naik: Rakyat terpaksa pikul beban

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen mulai malam tadi mencerminkan mereka tidak peduli terhadap kepayahan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Jangan biar Malaysia dikhianati pemerintah BN – Datuk Ariff Sabri

Kedaulatan Malaysia harus terpelihara bukan sahaja dari anasir luar tetapi dari ancaman pemerintah sendiri yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi.

DAP prihatin, peduli derita marhaen Kluang

Tersentuh dengan keperitan hidup sebuah keluarga miskin lima beranak dengan anak bongsu yang menghidap penyakit diabetes kronik, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong baru-baru mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan susulan untuk bertemu keluarga berkenaan.

Hutang negara melepasi siling, Kementerian digesa perjelas situasi pinjaman 1MDB

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Kementerian Kewangan berlaku telus mengenai faedah ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM48.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

50 tahun penubuhan Malaysia, Sabah masih dianak tiri

Biar pun hampir separuh abad bersama Persekutuan Malaysia, negeri Sabah terus dianak tiri dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas yang sempurna termasuklah jaringan jalan raya yang mampu memacu ekonomi negeri.

DAP seru rakyat keluar dari kerangka perkauman

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong menyeru rakyat agar keluar dari kerangka lapuk perkauman kerana ia tidak membawa negara mara ke hadapan malah terperuk dalam kemunduran.