All posts in 'Berita' Subscribe

Najib disaran berunding dengan PR untuk pilih Speaker Dewan Rakyat

DAP menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar segera memulakan rundingan dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

EAIC perlu diganti dengan IPCMC kerana gagal siasat aduan

DAP mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diganti segera dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana agensi itu gagal berfungsi dengan baik.

TPPA: Syarikat gergasi bakal ‘telan’ syarikat kecil tempatan, 28 juta rakyat terancam

Kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-13 bakal mengakibatkan 28 juta rakyat Malaysia dan negara diancam dominasi ekonomi akibat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

PM, KPN dicabar struktur semula pasukan polis, laksana IPCMC

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan penstrukturan semula pasukan polis dengan fokus utama menangani kes jenayah di samping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika masing-masing serius untuk membanteras jenayah.

Pembaharuan rohani rakyat Malaysia dihalang kuasa ekstrem Dr Mahathir, Muhyiddin

Rakyat Malaysia mesti melalui proses pembersihan sebagaimana filsuf Greek, Aristotle antara yang pertama memperkenalkan perkataan ‘catharsis’ yang bermakna ‘pembersihan atau penyucian yang membawa pembaharuan rohani menuju ke arah kerajaan mesra rakyat yang menghormati demokrasi, kebenaran, kebebasan, keadilan, integriti dan kebajikan sosial.

EAIC ‘alat’ BN, tidak pernah tunai janji -Tony Pua

Beliau turut mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk memasukkan ke dalam EAIC cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) pada 2005 untuk IPCMC jika benar ‘IPCMC dan EAIC adalah nama yang sama’ seperti didakwa sebelum ini.

Pesta Hari Alam Sekitar Sedunia Pulau Pinang 16 Jun

Pesta bertemakan ‘fikir, makan dan simpan’ itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pembuangan sisa makanan berlebihan yang semakin berleluasa di Malaysia dan seluruh dunia. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, makanan berlebihan yang dibuang kini mencecah sehingga 930 tan sehari iaitu bersamaan dengan membuang 93,000 kampit beras seberat 10 kilogram sehari.

DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim

DAP hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada Pegawai Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Nadzri Ibrahim adalah individu sama yang terbabit dalam kes kematian, Teoh Beng Hock, dalam tahanan.

MP Bakri diberi amaran keras, tidak kena tindakan disiplin

DAP akan memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa kerana melanggar arahan parti menghadiri sesi taklimat di Parlimen semalam.

Pengisytiharan Najib perangi jenayah dianggap terlewat

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengisytiharkan perang terhadap jenayah tiga hari lalu dianggap terlewat kerana ia sepatutnya dilakukan sejak empat tahun lalu.