All posts in 'Berita' Subscribe

“UMNO takut bila Cina undi PAS, Melayu undi DAP” – Dr Siti Mariah Mahmud

Jika dulu orang Melayu ditakutkan dengan DAP, kini persepsi buruk dan ketakutan itu makin hilang. Melayu boleh undi DAP, orang Cina boleh undi PAS.
Ini yang membuatkan UMNO-BN takut.

DAP yakin kakitangan kerajaan sedia berkhidmat cemerlang bersama kerajaan PR

Dalam lima tahun PR mentadbir Selangor, kita tidak pernah menaikkan cukai, kita keluarkan lagi RM800 juta untuk program kebajikan rakyat dan rizab simpanan kerajaan negeri bertambah berkali-kali ganda

Presiden MCA dicabar lawan DAP di Gelang Patah

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dicabar bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini melawan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika MCA benar-benar yakin mampu mempertahankan kerusi yang didakwa kubu kuatnya.

Manifesto Rakyat: DAP pertikai hasil petroleum negara

“Kerajaan menjual petroleum bermutu tinggi ke luar negara dan Petronas memperoleh hasil ratusan bilion ringgit setahun. Mana pergi duit itu?” Demikian soalan yang dilontar Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang menempelak tuduhan Barisan Nasional (BN) yang menganggap Manifesto Rakyat tidak boleh dilaksanakan kerana kononnya kerajaan tidak berkemampuan.

DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah

DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.

DAP-PR bersikap terbuka: Lagi peluang rakyat kemuka idea lebuhraya, terowong dasar laut P. Pinang

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan mengadakan satu lagi dialog mengenai cadangan menaiktaraf jalan utama dan membina terowong bawah dasar laut.

Pimpinan DAP Perak bersatu, sedia bantu PR tawan semula negeri

Mereka berbeza pendapat, kadang-kadang mereka berbalah. Namun demi rakyat dalam menghadapi PRU ke-13, mereka kembali bersatu hati dan tenaga untuk menawan kembali Perak yang dirampas secara haram oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perlis nantikan perubahan, sudi terima DAP dan Pakatan

Kerjasama pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang semakin akrab telah menawan hati rakyat yang selama ini dibuai propaganda bohong UMNO-Barisan Nasional yang menguasai akhbar, tv dan radio.

Kerajaan PR P. Pinang sudah runding dengan rakyat, majoriti terima terowong dan lebuhraya

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah berunding secara terbuka dengan rakyat serta masyarakat sivil sejak projek membina tiga lebuhraya dan satu terowong bawah laut bagi mengurangkan kesesakan trafik dicadangkan pada 2011.

Melayu Johor sedar DAP bukan musuh, sedia tolak salahguna kuasa BN

Orang Melayu di Johor yang semakin mesra dengan DAP mula sedar bahawa Barisan Nasional tidak lagi mewakili kepentingan rakyat kerana terlalu sibuk menjaga kepentingan keluarga dan kroni mereka.