All posts in 'Berita' Subscribe

Chua Soi Lek sebagai Presiden UMNO?

Sindiran Kit Siang adalah sebagai membalas perli Mahathir terhadap PAS yang dilaporkan media sebagai bersedia untuk melantik Timbalan Presiden PAS daripada kalangan bukan Islam. Mahathir menyindir PAS dengan mencadangkan Kit Siang dilantik menjadi Presiden PAS

Hapuskan tol tidak akan jadikan Malaysia bankrap, kata Guan Eng

“Malaysia mampu membayar RM50 bilion untuk memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang dan NSE tetapi tidak mampu menanggung rasuah yang berjumlah 100 bilion dolar Amerika (RM350 bilion) – Lim Guan Eng

Lebih kuasa untuk SPRM: Untuk berani siasat atau terus tindas rakyat?

BN tidak perlu menunggu hingga menang dengan dua pertiga majoriti kerana Pakatan Rakyat bersedia untuk menyokong sebarang cadangan yang dapat memastikan SPRM bebas dan tidak takut untuk menyiasat dan mendedahkan rasuah serta penyelewengan mana-mana pihak, termasuk di peringkat tertinggi kerajaan pusat.

DAP dedah lagi salah guna kuasa NFCorp

DAP menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFCorp, bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.

Penyokong Lynas ganas, serang wartawan dan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang

Dalam kejadian di Dataran Pidato di sini, wartawan Kwong Wah Yit Poh, iaitu Adam Chew dan Lee Hong Chun, dikatakan telah dihentak dengan topi keledar di kepala mereka apabila kumpulan pro-Lynas menyerang peserta perhimpunan aman tersebut

Himpunan Hijau 2.0: Jangan biar yang di atas menindas yang di bawah

Antara yang sudah ada di sini adalah Sasterawan Negara A. Samad Said, Ambiga Sreenavsan, Wong Chin Huat, para pemimpin Pakatan Rakyat serta ribuan anak muda.

Siapa yang akan bayar hutang RM580 juta Tajudin Ramli?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat berhak mendapat jawapan Datuk Seri Najib Razak tentang hal itu kerana ia membayangkan rakyat Malaysialah yang perlu menanggung segala hutang akibat pelbagai skandal kewangan berjumlah RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

DAP dedah dokumen NFC, bukti pengurusan langgar syarat pinjaman

Tony Pua berkata, apa yang dilakukan oleh pihak NFC selama ini, termasuk membeli kondo mewah dan urusan-urusan lain yang tidak berkaitan, adalah bertentangan dengan syarat-syarat pinjaman tersebut.

DAP kesal tentera Amerika bakar Al-Quran

Menurutnya, langkah Obama merupakan reaksi yang positif daripada pihak Amerika, dan DAP berharap bahawa tindakan susulan akan diambil supaya insiden seperti itu tidak akan berulang.

Mahathir tak boleh pura-pura tak tahu tentang skandal MAS

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Mahathir takut menghadapi cabaran Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya “menulis sebuah buku” tentang mengapa MAS diswastakan kepada Tan Sri Tajudin Ramli pada 1994, dengan memberi alasan beliau (Mahathir) bukanlah ketua syarikat penerbangan yang rugi itu.