All posts tagged '1MDB'

Jawapan bertentangan 1MDB dan Goldman Sachs, siapa yang berbohong?

Jawapan berbeza yang diberikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs berhubung komisen setinggi RM1.54 bilion dalam usaha pengumpulan dana sekali lagi menimbulkan persoalan berhubung tindakan meragukan badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.

Pengurusan 1MDB kurang cerdik, pecat kesemuanya!

Untuk dua pinjaman berjumlah US$4.75 bilion (RM15.2 bilion), 1MDB membayar komisyen mencecah 10% kepada Goldman Sachs. Sedangkan dalam banyak keadaan lain, komisyen bagi tujuan pendanaan sedemikian tidak pernah melebihi 2% daripada jumlah dana.

Najib berselindung isu jaminan kerajaan terhadap hutang 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berkata benar sepenuhnya apabila menyatakan bahawa kerajaan hanya menjamin RM5.8 bilion dari keseluruhan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan selamatkan 1MDB dengan kontrak bina loji janakuasa

Kerajaan bertindak ‘menyelamatkan’ 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui kontrak runding-terus pembinaan beberapa loji janakuasa elektrik di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Kerajaan sembunyi hutang, belanja ‘luar kerangka’ tak masuk dalam belanjawan

“Ini merujuk kepada hutang tersembunyi yang tidak termasuk dalam hutang rasmi, tetapi kerajaan bertindak sebagai penjamin kepada hutang tersebut,” kata Tony Pua. Beliau memberikan contoh badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad, yang kini menanggung hutang terkumpul melebihi RM36 bilion.

Dua anak syarikat 1MDB tiada penyata kewangan 2013, cubaan sembunyi sesuatu?

Dua anak syarikat utama badan pelaburan kerajaan itu adalah 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd dan 1MDB Real Estate Sdn Bhd – kedua-duanya menanggung hutang berbilion ringgit.

Belanjawan 2015: Berisiko bangkrapkan negara, Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi RM36 bilion, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.

1MDB perlu jawab keraguan pembelian tanah di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, urusniaga itu amat meragukan, memandangkan ia dibuat enam hari sebelum PRU ke-13 dengan harga RM1.38 bilion, 95 peratus lebih tinggi daripada penilaian yang dibuat pada Disember 2011.

Anugerah projek jana kuasa kepada 1MDB bukti kerajaan Najib khianati rakyat – Tony Pua

Tony Pua mengecam keputusan kerajaan mengutamakan kepentingan syarikat berbanding kepentingan rakyat dalam pengagihan projek jana kuasa, baru-baru ini.