Berita

Akibat hutan gondol, Orang Asli Gua Musang jadi mangsa gajah liar

GUA MUSANG, 1 OKT: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib yang menimpa Salim Bin Tegau, 37 dari Kampung Serber, Pos Keled dekat sini, yang kehilangan rumah dan dua ekar kebun setelah dimusnahkan oleh gajah liar lebih dua bulan lalu.

Salim menunjukkan kawasan rumahnya yang musnah. Foto Sinar Harian Online

Sehingga kini, Salim dan keluarga sembilan beranak itu terpaksa menumpang di rumah rakan-rakannya kerana tidak mampu membina semula kediaman yang musnah.

Dia diziarahi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji sewaktu program Impian Kelantan pada Sabtu lalu.

Menurut Tengku Zul yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, kejadian serangan gajah liar terutamanya di kawasan perkampungan Orang Asli bukan lagi sesuatu yang asing dan semakin kerap dilaporkan.

“Kita lihat, perkara macam ni semakin kerap berlaku dan kita tidak boleh menolak kemungkinan ianya berlaku kerana kawasan haiwan liar ini sudah diganggu, diterokai oleh manusia. Balak-balak ditebang, jadi, ia memaksa haiwan-haiwan ini mencari kawasan lain.

“Saya melihat, perkara-perkara berginilah yang kurang diambil peduli oleh negeri. Manusia terlalu rakus sampai lupa soal kemanusiaan dan pemuliharaan hutan.

Tengku Zulpuri memperkatakan sesuatu kepada Salim.

“Kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Orang Asli diabaikan,” kata ADUN Mentakab itu kepada Roketkini.

Justeru, orang ramai dialu-alukan untuk memberi sebarang bentuk bantuan sama ada bahan binaan mahu pun kewangan bagi meringankan beban yang dihadapi Salim sekeluarga.

Mereka yang ingin berbuat demikian, boleh menghubungi Puan Irena di nombor 0126833309.

Laporan Roketkini pada Oktober tahun lalu mendedahkan, kemusnahan hutan tidak terkawal akibat pembalakan khususnya di Gua Musang bukan sahaja menjadi salah satu punca banjir terbesar pada 2014 tetapi juga telah menyebabkan sumber pendapatan masyarakat orang Asli Temiar disini terjejas teruk.

Tambahan pula, kaedah pembalakan yang digunakan secara ‘potong habis’ atau ‘cuci mangkuk’ telah menjadi ancaman terbesar kepada  flora dan fauna. – Roketkini.com

Lagi laporan isu Orang Asli di Gua Musang sebelum ini:

  1. https://www.roketkini.com/2016/10/15/pembalakan-kaedah-cuci-mangkuk-jejas-teruk-pendapatan-orang-asli-gua-musang/
  2. https://www.roketkini.com/2017/06/01/pembalakan-kawasan-air-terjun-dakota-kerajaan-pas-berbohong/
  3. https://www.roketkini.com/2016/10/13/kerajaan-pas-kelantan-gagal-pantau-pembalakan-musnahkan-kubur-orang-asli/
  4. https://www.roketkini.com/2016/10/13/orang-asli-temiar-mahu-pembalak-bawa-keluar-semua-jentera-pekerja/
  5. https://www.roketkini.com/2016/12/01/orang-asli-temiar-bukan-penjenayah-cuma-pertahan-tanah-dan-budaya/
  6. https://www.roketkini.com/2016/12/12/apa-umno-buat-kepada-orang-asli-setelah-60-tahun-merdeka/
  7. https://www.roketkini.com/2016/12/12/wujudkan-pengurusan-hutan-lestari-kerajaan-perlu-ikhlas-selesai-masalah-pembalakan/
  8. https://www.roketkini.com/2016/12/13/pembalakan-kerajaan-pas-kelantan-perlu-cari-alternatif-ekonomi-baru/
  9. https://www.roketkini.com/2016/11/30/kerajaan-pas-kelantan-ditegur-jangan-tindas-orang-asli-mangsa-pembalakan/
  10. https://www.roketkini.com/2016/10/27/tapak-arkeologi-10000-tahun-gua-cha-diancam-pembalakan-di-kelantan/
  11. https://www.roketkini.com/2016/12/11/orang-asli-gua-musang-bangunkan-semula-blockade-di-pos-bihai/
  12. https://www.roketkini.com/2016/11/29/kerana-pertahan-hutan-32-orang-asli-gua-musang-ditahan-blockade-dimusnah/