All posts in 'Berita' Subscribe

MP Kota Kinabalu: Pentadbiran Sabah perlu beri lebih kuasa

Pengerusi DAP Sabah itu menegaskan, desakan itu juga bertepatan dengan dasar Pakatan Rakyat yang memperjuangkan ‘desentralisasi’ dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri.

DAP desak SESB beri penjelasan kehilangan pendapatan berbilion ringgit

ADUN Likas Junz Wong berkata, SESB memperoleh pulangan lumayan sebanyak RM1.4 billion pada tahun 2013, namun hanya mengisytiharkan perolehan selepas cukai sebanyak RM13.8 juta, kurang 1 peratus hasil pendapatan.

Saham FGVH menjunam lagi, peneroka Felda dikhuatiri rugi RM177 juta

“Prestasi FGVH memalukan walaupun mereka mendapat sokongan padu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji dan dana negeri,” katanya.

Batalkan kontrak MyEG, upayakan semula peranan Jabatan Imigresen

DAP mendesak kerajaan membatalkan kontrak MyEG ekoran pelantikan syarikat itu dilihat memonopoli perkhidmatan yang sepatutnya dilaksanakan Jabatan Imigresen, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Pentadbiran lemah, punca utama universiti swasta terpaksa tutup

Beliau berkata, kajian terbaru Penang Institute menunjukkan salah satu punca masalah adalah kekurangan pengalaman komersial antara Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor dalam sesebuah institusi pengajian.

Debat POTA: DAP hadir dengan kekuatan maksima

“Tiga wakil DAP telah membahaskan RUU tersebut secara bersungguh-sungguh pada peringkat dasar iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Najib buat pusingan ‘U’ kerana tekanan dalam UMNO?

“Najib sememangnya telah lupa apa yang pernah beliau katakan, bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir,” kata Teresa dalam satu kenyataan.

Caj perkhidmatan bukan isu utama, tetapi kerajaan mesti bertindak

“Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil tindakan di bawah undang-undang dan peraturan sedia ada yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga terhadap mereka yang gagal mempamerkan notis caj perkhidmatan.

Jaminan keselamatan Sabah: DAP gesa kerajaan tubuh pasukan pengaman

“Walaupun ESSCOM telah ditubuhkan, ia hanya dari aspek pertahanan dalam negeri, saya berpendapat jika kita mahu selesaikan masalah ini selama-lamanya, kita mestilah mendapat sokongan dari rakan-rakan kita di ASEAN” – Jimmy Wong

Kemana RM3.8 bilion pelaburan SRC International, anak syarikat 1MDB?

“Soalan yang timbul ialah, kemana seluruh dana RM3.81 bilion, apabila Gobi Coal & Energy sepatutnya menjadi pelaburan terpenting dan terbesar?” – Tony Pua