All posts in 'Berita' Subscribe

RM1 bilion untuk 1BestariNet, satu lagi projek ‘gajah putih’ kerajaan?

Selepas dua tahun pelaksanaan, dengan perbelanjaan RM1 bilion duit rakyat, tapi malangnya projek 1BestariNet hanya mampu digunakan kurang dari tiga peratus murid.

Tapak loji janakuasa jadi pembalakan haram, mana peranan menteri negeri dan pusat?

“Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun mesti menjalankan tanggungjawab yang digalas mereka dan jelaskan isu pembalakan di sini.

JAS disaran baiki mutu khidmat atau terus dipandang sebagai ‘rubber stamp’

“Fungsi serta objektif DEIA atau EIA adalah untuk memastikan projek pembangunan serta industri menepati piawaian yang ditetapkan, bukan sebagai agensi yang melulus dan membatalkan projek,” kata Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Mahdzir Ibrahim.

Pulau Pinang akan fail semakan kehakiman pengharaman PPS oleh KDN

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada pasukan perundangan bagi memulakan proses memohon semakan kehakiman terhadap pengisytiharan itu,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan selepas keputusan dibuat pada mesyuarat Exco hari ini.

Pelajar perubatan hanya bertambah di kolej swasta, bukan IPTA?

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang membiarkan bertambahnya pengambilan pelajar perubatan hanya di institut pengajian tinggi swasta (IPTS), namun pada masa sama terus menghadkan tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Kertas UPSR bocor, mengapa soalan simpanan tak digunakan?

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, berdasarkan laporan The Financial Daily pada 3 Oktober lalu, Lembaga Peperiksaan lazimnya menyediakan tiga set kertas soalan, justeru sekiranya berlaku kebocoran, maka set simpanan digunakan.

KLIA2: Kos terlebih, DAP gesa kerajaan ambil tindakan terhadap MAHB

Lapangan terbang kos rendah KLIA2 telah berjaya disiapkan tahun lalu dengan kos kira-kira RM4 bilion, jauh melampaui peruntukan asal RM1.7 bilion.

Semua demokrat berkongsi nilai yang sama – Kit Siang

Demokrat mempunyai persamaan nilai dengan mendaulatkan kebebasan, kesamarataan, dan semangat setiakawan, termasuk demokrat Muslim yang berkongsi nilai dalam fikrah bersumberkan nas Al-Quran.

Kerajaan wajar bina walkalator di tambak Johor, kata MP Kluang

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dalam perbahasan Belanjawan 2015 hari ini mencadangkan kerajaan Malaysia membina ‘walkalator’ di sepanjang laluan di Tambak Johor bagi membolehkan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kuala Lumpur perlu dijadikan kerajaan negeri

“Jika Perlis boleh membentuk kerajaan negeri dengan peruntukan kurang RM100 juta setahun, tiada sebab pengundi Kuala Lumpur tidak boleh diberi peluang memilih kerajaan sendiri,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan.