Berita Subscribe

Pendekatan Kementerian Pendidikan menerusi projek RM4.1 bilion untuk 10,000 buah sekolah seluruh negara yang melibatkan pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi kononnya untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar hanya indah khabar dari rupa.

DAP mendesak kerajaan menubuhkan ‘Jawatankuasa Pelaksanaan’, bukan sekadar jawatankuasa untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Haram Sabah seperti yang diumumkan kabinet Sabtu lalu.

Terkejut dengan alasan itu, Pua menyifatkan Low yang sebelum ini seorang tokoh yang sering ‘berkhutbah’ tentang ketelusan dan tadbir urus yang baik telah menyerah kalah sepenuhnya kepada sistem kotor Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr Boo Cheng Hau mempersoalkan tindakan kerajaan negeri meluluskan 2,386 hektar Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Pulai bagi tujuan pembangunan campuran termasuk kasino dan litar lumba F 1.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya mengumumkan akan membentangkan laporan itu, selepas ‘memeramnya’ selama enam bulan.

“Keengganan untuk mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga mereka telah menyebabkan timbulnya persoalan apakah ini adalah protes secara senyap terhadap perintah hakim atau cubaan untuk menutup kes,” soalnya.

Melayu dan DAP

Rencana